Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, SPM menandakan akhir zaman persekolahan dan permulaan babak baru. Pelajar perlu membuat pilihan penting mengenai pendidikan atau pekerjaan yang akan diambil selepas ini. Terdapat pelbagai pilihan untuk pelajar selepas SPM. Oleh itu FINCO mengambil peluang ini untuk jelaskan kepada para pelajar pelbagai pilihan Hala Tujuan Selepas SPM serta kelebihan dan kelemahan setiap pilihan.

1) STPM

STPM (juga dikenali sebagai Tingkatan Enam) adalah pilihan Pra Universiti yang menarik minat ramai Pelajar Sekolah Tinggi dengan beberapa kelebihannya seperti yang disenaraikan di bawah.

Syarat Minimum: Lulus SPM & Kredit untuk BM
Masa: 18 Bulan
Kos: Kurang dari RM1,000

Kelebihan Kelemahan
  • Kos rendah
  • Diiktiraf di seluruh dunia
  • Peperiksaan lebih mencabar
  • Tempoh menunggu kemasukan Universiti adalah selama 6 bulan

2) Matrikulasi Tempatan

Matrikulasi merupakan program Pra-Universiti yang diminati ramai namun kelayakan kemasukan Program Matrikulasi agak sukar kerana persaingan yang tinggi. Pelajar boleh memilih antara jurusan Sains, Perakaunan, Perakaunan Profesional dan Kejuruteraan. Kemasukan ke dalam program ini bergantung pada prestasi akademik.

Syarat Minimum: Bergantung kepada aliran anda
Masa: 12 Bulan
Kos: RM600

Kelebihan Kelemahan
  • Tempoh pengajian singkat
  • Laluan yang lebih singkat untuk masuk ke Universiti Awam
  • Matrikulasi tempatan diiktiraf di sebahagian universiti luar negara sahaja

3) Asasi (Awam & Swasta)

Program Asasi lebih tertumpu kepada bidang atau subjek tertentu berbanding dengan kursus Pra-Universiti lain. Disebabkan faktor ini, Program Asasi menjadi pilihan yang ideal untuk pelajar yang sudah pasti dengan pekerjaan yang ingin diceburi pada masa depan.

Namun, para pelajar perlu faham bahawa kedua-dua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) turut menawarkan Program Asasi, dan kos pembelajaran di IPTA dan IPTS amat berbeza.

Syarat Minimum: Bergantung kepada pilihan program, namun pada dasarnya, pelajar perlu memperolehi 5 Kredit dalam SPM (Termasuk BM) + Lulus Sejarah
Masa: 12 Bulan
Kos: RM600 (Awam) sehingga RM25,000 (Swasta)

Kelebihan Kelemahan
  • Lebih fokus pada subjek pilihan
  • Tempoh pengajian singkat
  • Agak terhad jika pelajar ingin menukar kursus pembelajaran semasa memilih kursus ijazah muda
  • Mahal sekiranya pelajar pilih Asasi Swasta

4) Diploma

Memilih Diploma memberi pelajar pilihan sama ada untuk memulakan bekerja dengan segera atau melanjutkan pengajian mereka dalam program Ijazah di Universiti. Diploma lebih fokus kepada kemahiran praktikal dan teknikal dalam bidang tertentu.

Diploma berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding dengan kursus pra-universiti lain di Malaysia, maka mereka yang lulus Diploma dan ingin sambung belajar Ijazah Muda berpeluang untuk dikecualikan daripada Tahun 1 Ijazah Muda Universiti.

Syarat Minimum: Pada dasarnya, 3 Kredit dalam SPM + Lulus BM & Sejarah
Masa: 2-3 tahun
Kos: RM1,200 – RM35,000

Kelebihan Kelemahan
  • Boleh mula bekerja selepas tamat pengajian
  • Mungkin dikecualikan dari Tahun 1 Ijazah Muda Universiti
  • Lebih Praktikal & merupakan program ‘hands on’
  • Tempoh pengajian panjang(jika dibandingkan dengan program Pra-Universiti lain)

5) Sijil Kemahiran

Seperti Diploma, Sijil Kemahiran turut direka untuk memberikan pelajar kemahiran praktikal dan teknikal dalam profesion tertentu. Sijil kemahiran biasanya ditawarkan oleh sekolah vokasional serta institusi latihan dan meliputi pelbagai subjek, termasuk teknologi automotif, hospitaliti, dan pembinaan.

Kelayakan Minimum: Tamat Tingkatan 5
Masa: 12 Bulan
Kos: RM800 – RM1,500

Kelebihan Kelemahan
  • Kelayakan Minimum yang Rendah
  • Sesuai untuk pelajar yang ingin bekerja secepat mungkin
  • Sukar untuk menukar jurusan di Universiti
  • Pilihan pekerjaan terhad pada pekerjaan kemahiran rendah dan menengah (low skilled and medium skilled jobs)

6) Kursus Pendek

Tidak banyak berbeza daripada Sijil Kemahiran, Kursus Pendek (short courses) turut membolehkan pelajar untuk belajar kemahiran yang menyediakan mereka untuk memasuki alam pekerjaan. Antara Kursus Pendek yang popular adalah Kursus Digital Marketing, Kursus User Experience & Interface (UX & UI), koding (coding) dan banyak lagi.

Bezanya, sijil kursus pendek biasanya tidak dikeluarkan oleh jabatan tempatan. Namun, ada juga pihak majikan yang mengupah mereka yang tamat pengajian kursus pendek. Pelajar turut boleh dapatkan kerja freelance dengan kemahiran yang dipelajari.

Kelayakan Minimum: Tiada kelayakan
Masa: Biasanya 2-6 Bulan
Kos: Percuma – RM8,000

Kelebihan Kelemahan
  • Tempoh pengajian singkat
  • Pelajar boleh sertai kursus pendek sambil bekerja
  • Bukan semua pihak majikan mengiktirafkan kursus pendek
  • Kekurangan pengalaman belajar di dalam kampus

7) Bekerja Selepas SPM

Akhirnya, ramai pelajar juga ingin mula bekerja dengan segera selepas SPM. Ini mungkin menjadi pilihan yang menarik untuk beberapa pelajar, tetapi pilihan ini juga mempunyai beberapa kelemahan seperti yang disenaraikan di bawah.

Kelebihan Kelemahan
  • Menjana pendapatan sebelum rakan sebaya anda
  • Memperolehi pengalaman kerja pada usia yang lebih muda
  • Besar kemungkinannya untuk mendapat pekerjaan kemahiran rendah dengan gaji yang kurang lumayan

Akhirnya, memilih laluan selepas SPM adalah keputusan penting dalam hidup dan tidak ada satu pilihan yang sesuai untuk semua orang. Yang terpenting adalah memahami bahawa setiap pilihan yang anda buat akan mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri, jadi pastikan anda membuat pilihan terbaik untuk diri sendiri!

Muat turun sumber ini untuk rujukan masa hadapan.