Kem Aspire Career & Education (ACE) 2025

Kem latihan bersemuka selama 3 hari bertujuan untuk menyediakan pelajar yang aktif dalam penyertaan Program FINCO dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai matlamat dan aspirasi selepas SPM.

Kem ACE akan berlaku pada 15 hingga 17 April 2025*

*Tarikh adalah tentatif buat masa ini. Apa-apa perubahan akan diumumkan.

Itinerari Kem

Prosedur Perlindungan Kesihatan & Keselamatan Peserta Kem

Prosedur Kesihatan dan Keselamatan Umum

  • Peserta akan diberikan liputan insurans sepanjang tempoh kem untuk memastikan kesihatan dan keselamatan mereka.

  • Peserta akan berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan ahli pasukan FINCO untuk memudahkan komunikasi berterusan sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur dan sepanjang tempoh kem.

  • Ibu bapa atau penjaga peserta akan diberikan butiran hubungan ahli pasukan FINCO.

  • Satu sesi penerangan akan diadakan pada pertengahan hingga akhir Mac bagi ibu bapa/ penjaga dan peserta kem. Sesi penerangan ini akan membekalkan maklumat penting kepada ibu bapa/ penjaga dan peserta kem.

  • FINCO mematuhi sepenuhnya dasar perlindungan kanak-kanak demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta.

  • Peserta kem dijangka untuk mematuhi kod tingkah laku FINCO untuk keselamatan dan kesejahteraan semua peserta sepanjang tempoh kem.

Prosedur Keselamatan Perjalanan

  • Mod perjalanan yang paling selamat dan sesuai ke kem akan dibincangkan dan diputuskan bersama peserta, ibu bapa/ penjaga, dan FINCO.

  • FINCO bekerjasama dengan pembekal pengangkutan yang dipercayai untuk memastikan keselamatan semua peserta sepanjang perjalanan mereka.

  • Bagi peserta yang menggunakan pengangkutan udara (kapal terbang):

    • Senarai semak akan disediakan supaya peserta bersedia dan tahu apa yang boleh dijangka.
    • Peserta perlu mendaftar di kaunter lapangan terbang yang ditetapkan.
    • Seorang ahli pasukan FINCO akan membimbing peserta ke boarding gate yang ditetapkan untuk menyelesaikan proses boarding.
    • Setibanya di KL, seorang wakil FINCO akan berada di lapangan kapal terbang dan mengiringi peserta ke lokasi kem.
  • Bagi peserta yang menggunakan bas atau van sewaan peribadi:

    • FINCO menaja bas atau van sewaan peribadi untuk peserta.
    • Tempat ambil (pick up) dan jadual akan dipersetujui bersama peserta dan ibu bapa/ penjaga.
    • FINCO menasihatkan ibu bapa/ penjaga untuk berada bersama peserta sehingga peserta menaiki bas/van.
    • Peserta akan dibawa terus ke lokasi kem.

Keselamatan di Tempat Penginapan

  • Kem ACE akan berlangsung di sebuah hotel yang akan diumumkan di Kuala Lumpur

  • Aktiviti yang berlaku di luar hotel akan diiringi dan diawasi oleh ahli pasukan FINCO.

  • Pihak FINCO akan memastikan bahawa hotel yang dipilih telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pintu keluar semasa kebakaran, CCTV, peronda keselamatan 24 jam, dan maklumat kecemasan.

  • Sesi penerangan keselamatan akan dijalankan untuk mempersiapkan peserta untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan.

  • Peserta akan berkongsi penginapan dengan 1 atau 2 rakan peserta yang sama jantina.

  • Ahli pasukan FINCO akan berada di Hotel Olympic untuk memberi panduan dan sokongan kepada peserta.

Fasiliti Perubatan

  • Stesen bantuan cemas (first aid) disediakan di lokasi sepanjang tempoh kem

  • FINCO akan mengenal pasti klinik dan hospital berdekatan terlebih dahulu sekiranya berlaku kecemasan

Apakah elemen Kem ACE?

Kem ini terbuka kepada siapa?

  • 1

    Pelajar lepasan SPM tahun 2024/25

  • 2

    Pelajar yang aktif dalam penyertaan Program FINCO

  • 3

    Pelajar yang ingin melanjutkan pendidikan atau bekerja selepas SPM

Apakah proses pendaftaran?

  • 1

    Borang permohonan (Google Form) akan terbuka pada 1 Disember 2024

  • 2

    Lengkapkan dan hantarkan borang pendaftaran

  • 3

    Menunggu pengumuman FINCO pada 10 Februari 2025

Bagaimanakah FINCO menilai dan memilih peserta Kem ACE?

  • 1

    Pelajar yang aktif dalam penyertaan Pogram FINCO seperti Bengkel Aspire, Sembang Aspirasi, Pameran Kerjaya Career InSights dan lain-lain.

  • 2

    Pelajar yang mampu menyatakan perancangan hala tuju yang jelas, sama ada ingin lanjutkan pelajaran atau terus bekerja selepas SPM

  • 3

    Pelajar yang proaktif dan bermotivasi untuk mencapai matlamat kehidupan

Soalan Lazim

80 orang peserta akan terpilih untuk menyertai Kem ACE pada tahun 2025

  • Bermula sekarang, bertanya dengan FINCO atau Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menyertai Program FINCO
  • Mula memikirkan perancangan matlamat anda selepas SPM, sama ada anda ingin belajar atau bekerja
  • Bersikap proaktif untuk memahami matlamat anda, contohnya sertai program tambahan atau bertanya dengan pakar/guru dan lain-lain
  • Lokasi: Lokasi kem belum ditentukan lagi. Namun besar kemungkinannya, kem ini akan berlaku di Kuala Lumpur
  • Masa: Pada 15-17 April 2025 (Tentatif)
  • Durasi: Sepanjang 3 hari

Tidak! Penyertaan anda ditaja penuh oleh FINCO sekiranya pendaftaran anda dipilih. Penajaan termasuk:

  • Kos pengangkutan ke lokasi kem
  • Kos penginapan
  • Kos makan minum sepanjang kem
  • Kos aktiviti

Anda boleh:

  • emel [email protected]
  • bertanya dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda. Guru Bimbingan dan Kaunseling anda akan berhubung dengan Education Partner (EP) FINCO untuk menjawab persoalan anda
  1. Permohonan yang tidak lengkap akan secara automatik dinafikan.
  2. Anda telah mendapat persetujuan ibu bapa/penjaga untuk menyertai program ini.
  3. Dengan menyertai program ini, ibu bapa/penjaga/anda bersetuju memberi kebenaran kepada FINCO untuk menerbitkan sebarang bahan untuk tujuan promosi atau pendidikan di platform atas talian FINCO.
  4. FINCO akan mengekalkan kerahsiaan semua maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui program ini. Walau bagaimanapun, kami boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak berikut:
    • Seseorang atau syarikat yang bertindak bagi pihak FINCO;
    • Mana-mana individu atau syarikat lain yang telah berjanji untuk mengekalkan maklumat tersebut secara rahsia, asalkan mereka mempunyai hak kepada maklumat tersebut.
  5. FINCO akan menyimpan mana-mana maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami bagi tujuan memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan, atau untuk melindungi kepentingan pihak FINCO. Pada masa yang bersesuaian, kami akan memusnahkan maklumat yang dikumpul mengikut prosedur dan jadual dalaman kami.