Kem Aspire Career & Education (ACE) 2026
Kem latihan bersemuka selama 3 hari bertujuan untuk menyediakan pelajar yang aktif dalam penyertaan Program FINCO dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai matlamat dan aspirasi selepas SPM.

Itenerari Kem
Hari Ketibaan (9 April 2026)
- Ketibaan Peserta: Semua peserta tiba di lokasi yang akan diumumkan nanti
- Taklimat dan Pengenalan Kem: Penjelasan peraturan-peraturan dan perkara-perkara penting bagi Kem ACE.
- Makan Malam: Berkenalan dengan peserta kem sambil menikmati hidangan lazat.
Hari Pertama Kem (10 April 2026)
- Makan Pagi
- Pengenalan Kem & Ice-breaking
- Sembang Aspirasi bersama CEO: Tip dan panduan untuk bersedia menghadapi dunia kerja
- Makan Tengahari
- Sesi Penulisan Resume: Kuasai teknik menghasilkan resume yang ringkas, padat dan profesional
- Sesi Celik Kewangan: Belajar asas perancangan kewangan peribadi
- Sesi Bersama Mentor: Ruang untuk berkenalan dan membina hubungan dengan mentor
- Makan Malam
- Aktiviti Rekreasi Petang: Santai dan beraktiviti bersama rakan peserta
Hari Kedua Kem (11 April 2026)
- Makan Pagi
- Aktiviti Ice-breaking
- Bengkel Kemahiran Temuduga
- Makan Tengahari
- Simulasi Sesi Temu Duga: Membantu peserta menyiapkan diri lebih rapi untuk sesi temu duga, sama ada temu duga biasiswa atau kerjaya
- Sesi pengenalan dengan pelbagai laluan selepas SPM
- Persediaan untuk Sesi Job Shadowing dan Lawatan ke Tempat Bekerja serta Kampus
- Makan Malam
- Lawatan ke TRX
Hari Ketiga Kem (12 April 2026)
- Makan Pagi
- Taklimat
- Job Shadowing dan Lawatan ke Tempat Bekerja serta Kampus: Bergantung pada aspirasi masing-masing, peserta berpeluang untuk sertai job shadowing ataupun lawatan ke tempat bekerja dan kampus
- Makan Tengahari
- Sesi Refleksi
- Bertolak balik
Nota penting: Peserta yang perlu bertolak balik pada hari selepas kem (13 Februari) disebabkan jarak jauh akan diberi makanan malam dan penginapan di hotel yang sama.
Apakah elemen Kem ACE?
Bengkel kemahiran berkaitan
pengajian tinggi
Bengkel kemahiran berkaitan kerjaya
Sesi bimbingan dan konsultasi
Perkongsian pakar
Lawatan industri
Job shadowing
Garis Panduan Penyertaan Kem ACE
Kem ini terbuka kepada siapa?
- Pelajar lepasan SPM tahun 2025
- Pelajar yang aktif dalam penyertaan Program FINCO
- Pelajar yang ingin melanjutkan pendidikan atau bekerja selepas SPM
Apakah proses pendaftaran?
- Borang permohonan (Google Form) akan terbuka pada 15 September 2025
- Lengkapkan dan hantarkan borang pendaftaran
- Menunggu pengumuman FINCO pada 24 November 2025
Bagaimanakah FINCO menilai dan memilih peserta Kem ACE?
- Pelajar yang aktif dalam penyertaan Pogram FINCO seperti Bengkel Aspire, Sembang Aspirasi, Pameran Kerjaya Career InSights dan lain-lain.
- Pelajar yang mampu menyatakan perancangan hala tuju yang jelas, sama ada ingin lanjutkan pelajaran atau terus bekerja selepas SPM
- Pelajar yang proaktif dan bermotivasi untuk mencapai matlamat kehidupan
Soalan Lazim
Soalan Lazim
Berapa orang peserta akan terpilih?
80 orang peserta akan terpilih untuk menyertai Kem ACE pada tahun 2026
Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan peluang dipilih?
- Bermula sekarang, bertanya dengan FINCO atau Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menyertai Program FINCO
- Mula memikirkan perancangan matlamat anda selepas SPM, sama ada anda ingin belajar atau bekerja
- Bersikap proaktif untuk memahami matlamat anda, contohnya sertai program tambahan atau bertanya dengan pakar/guru dan lain-lain
Bagaimanakah Kem ACE akan berlaku?
- Lokasi: Lokasi kem belum ditentukan lagi. Namun besar kemungkinannya, kem ini akan berlaku di Kuala Lumpur
- Masa: Pada 10-12 Februari 2026 (tentatif)
- Durasi: Sepanjang 3 hari + 1 hari untuk perjalanan ke Kem pada 9 Februari 2026
Perlukah saya bayar apa-apa untuk menyertai Kem ACE?
Tidak! Penyertaan anda ditaja penuh oleh FINCO sekiranya pendaftaran anda dipilih. Penajaan termasuk:
- Kos pengangkutan ke lokasi kem
- Kos penginapan
- Kos makan minum sepanjang kem
- Kos aktiviti
Saya ada soalan lain, siapa boleh jawab persoalan saya?
Anda boleh:
- emel [email protected]
- bertanya dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda. Guru Bimbingan dan Kaunseling anda akan berhubung dengan Education Partner (EP) FINCO untuk menjawab persoalan anda
Prosedur Perlindungan &
Terma dan Syarat
Prosedur Kesihatan dan Keselamatan Umum
- Peserta akan diberikan liputan insurans sepanjang tempoh kem untuk memastikan kesihatan dan keselamatan mereka.
- Peserta akan berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan ahli pasukan FINCO untuk memudahkan komunikasi berterusan sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur dan sepanjang tempoh kem.
- Ibu bapa atau penjaga peserta akan diberikan butiran hubungan ahli pasukan FINCO.
- Satu sesi penerangan akan diadakan pada pertengahan hingga akhir Mac bagi ibu bapa/ penjaga dan peserta kem. Sesi penerangan ini akan membekalkan maklumat penting kepada ibu bapa/ penjaga dan peserta kem.
- FINCO mematuhi sepenuhnya dasar perlindungan kanak-kanak demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta.
- Peserta kem dijangka untuk mematuhi kod tingkah laku FINCO untuk keselamatan dan kesejahteraan semua peserta sepanjang tempoh kem.
Prosedur Keselamatan Perjalanan
- Mod perjalanan yang paling selamat dan sesuai ke kem akan dibincangkan dan diputuskan bersama peserta, ibu bapa/ penjaga, dan FINCO.
- FINCO bekerjasama dengan pembekal pengangkutan yang dipercayai untuk memastikan keselamatan semua peserta sepanjang perjalanan mereka.
- Bagi peserta yang menggunakan pengangkutan udara (kapal terbang):
- Senarai semak akan disediakan supaya peserta bersedia dan tahu apa yang boleh dijangka.
- Peserta perlu mendaftar di kaunter lapangan terbang yang ditetapkan.
- Seorang ahli pasukan FINCO akan membimbing peserta ke boarding gate yang ditetapkan untuk menyelesaikan proses boarding.
- Setibanya di KL, seorang wakil FINCO akan berada di lapangan kapal terbang dan mengiringi peserta ke lokasi kem.
- Bagi peserta yang menggunakan bas atau van sewaan peribadi:
- FINCO menaja bas atau van sewaan peribadi untuk peserta.
- Tempat ambil (pick up) dan jadual akan dipersetujui bersama peserta dan ibu bapa/ penjaga.
- FINCO menasihatkan ibu bapa/ penjaga untuk berada bersama peserta sehingga peserta menaiki bas/van.
- Peserta akan dibawa terus ke lokasi kem.
Keselamatan di Tempat Penginapan
- Kem ACE akan berlangsung di sebuah hotel yang akan diumumkan di Kuala Lumpur
- Aktiviti yang berlaku di luar hotel akan diiringi dan diawasi oleh ahli pasukan FINCO.
- Pihak FINCO akan memastikan bahawa hotel yang dipilih telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pintu keluar semasa kebakaran, CCTV, peronda keselamatan 24 jam, dan maklumat kecemasan.
- Sesi penerangan keselamatan akan dijalankan untuk mempersiapkan peserta untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan.
- Peserta akan berkongsi penginapan dengan 1 atau 2 rakan peserta yang sama jantina.
- Ahli pasukan FINCO akan berada di hotel sepanjang Kem berlangsung untuk memberi panduan dan sokongan kepada peserta.
Fasiliti Perubatan
- Stesen bantuan cemas (first aid) disediakan di lokasi sepanjang tempoh kem
- Permohonan yang tidak lengkap akan secara automatik dinafikan.
- Anda telah mendapat persetujuan ibu bapa/penjaga untuk menyertai program ini.
- Dengan menyertai program ini, ibu bapa/penjaga/anda bersetuju memberi kebenaran kepada FINCO untuk menerbitkan sebarang bahan untuk tujuan promosi atau pendidikan di platform atas talian FINCO.
- FINCO akan mengekalkan kerahsiaan semua maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui program ini. Walau bagaimanapun, kami boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak berikut:
- Seseorang atau syarikat yang bertindak bagi pihak FINCO;
- Mana-mana individu atau syarikat lain yang telah berjanji untuk mengekalkan maklumat tersebut secara rahsia, asalkan mereka mempunyai hak kepada maklumat tersebut.
- FINCO akan menyimpan mana-mana maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami bagi tujuan memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan, atau untuk melindungi kepentingan pihak FINCO. Pada masa yang bersesuaian, kami akan memusnahkan maklumat yang dikumpul mengikut prosedur dan jadual dalaman kami.