Pertandingan Amalan Terbaik Kesiapsiagaan Banjir FINCO 2023

Malaysia mencatatkan kerugian sebanyak RM622.4 juta akibat banjir pada tahun 20221. Sekolah yang dilanda banjir secara langsung menyebabkan ribuan pelajar tidak dapat meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikutan kesan perubahan iklim, fenomena banjir dijangka akan berterusan dan kemungkinan semakin serius.

FINCO menyasarkan untuk membantu sekolah dengan mengenal pasti amalan terbaik di kalangan individu, industri kecil sederhana dan sekolah dalam persiapan menghadapi banjir supaya dapat mengurangkan kerosakan harta benda serta meringankan kerja-kerja pembersihan.

1Jabatan Perangkaan Malaysia

Bagaimana Anda Boleh Mengambil Bahagian?

Sekiranya anda tahu atau pernah melaksanakan sesuatu untuk persediaan menghadapi banjir, kami mengalu-alukan penyertaan anda!

Hadiah Tersedia Untuk Penyertaan Terbaik!

Penyertaan terbaik dan idea-idea yang berguna akan dipaparkan di laman web FINCO untuk dimuat turun oleh sekolah dan orang awam.

Apakah Kriteria Yang Akan Dinilai?

 Anda boleh menghantar lebih dari satu penyertaan. Untuk setiap idea yang berlainan, sila hantarkan borang penyertaan yang baru.

Ya, lampiran gambar tidak wajib. Namun, sila kongsikan idea anda dengan huraian yang lebih terperinci.

Tidak, kami mengalu-alukan orang ramai untuk berkongsikan idea.

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pemastautin di Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Permohonan yang tidak lengkap akan secara automatik dinafikan.
  3. Setiap peserta hanya boleh memenangi satu (1) hadiah
  4. Dengan menyertai pertandingan ini, anda telah bersetuju memberi kebenaran kepada FINCO untuk menerbitkan sebarang bahan untuk tujuan promosi atau pendidikan di platform atas talian FINCO.
  5. Penerbitan merangkumi laman web FINCO, Facebook, Instagram dan boleh digunakan untuk tujuan perhubungan awam. Anda memberi jaminan bahawa anda adalah pemunya teks, gambar dan video dan anda memberi kebenaran kepada FINCO untuk menggunakannya. FINCO tidak bertanggungjawab atas kandungan yang dihantar oleh setiap individu.
  6. FINCO akan mengekalkan kerahsiaan semua maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui pertandingan ini. Walau bagaimanapun, kami boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak berikut:
    • Seseorang atau syarikat yang bertindak bagi pihak FINCO;
    • Mana-mana individu atau syarikat lain yang telah berjanji untuk mengekalkan maklumat tersebut secara rahsia, asalkan mereka mempunyai hak kepada maklumat tersebut.
  7. FINCO akan menyimpan mana-mana maklumat peribadi yang anda/calon berikan kepada kami bagi tujuan memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan, atau untuk melindungi kepentingan pihak FINCO. Pada masa yang bersesuaian, kami akan memusnahkan maklumat yang dikumpul mengikut prosedur dan jadual dalaman kami.