Anugerah Pelajar Cemerlang FINCO Aspire 2023

Anugerah Pelajar Cemerlang FINCO Aspire bertujuan untuk mengiktiraf pelajar yang telah menunjukkan pengaplikasian ilmu yang telah dipelajari daripada Program FINCO dan aktif berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan rakan sebaya.

Tempoh penamaan calon bermula sekarang!
15 - 31 Oktober 2023
0
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec

Pencalonan Pelajar

Bangga dengan pencapaian pelajar anda dalam perancangan hala tuju mereka selepas SPM?

Setiap GBK hanya boleh mencalonkan seorang (1) pelajar yang memenuhi aspek berikut!

Hadiah

Dua (2) orang pemenang akan ditaja untuk menghadiri Majlis Anugerah Tahunan FINCO 2023 bersama seorang pengiring/guru!

Calon yang lain juga akan menerima e-sijil daripada pihak FINCO.

Garis Masa

Berminat untuk mencalonkan pelajar anda? Jangan lupa untuk berbuat demikian pada bulan Oktober nanti.

Kriteria

Calon-calon pemenang akan dinilai mengikut kriteria berikut.

Tempoh penamaan calon bermula sekarang!
15 - 31 Oktober 2023
0
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec

Soalan Lazim

Setiap GBK hanya boleh mencalonkan seorang (1) pelajar yang pernah menyertai programe FINCO dalam tahun 2023.

  • Bermula sekarang, GBK boleh bekerjasama dengan pihak FINCO untuk menganjurkan Program FINCO untuk pelajar anda.
  • GBK juga boleh memberitahu pelajar tentang anugerah ini. Bagi pelajar yang minat untuk dicalon, GBK boleh bekerjasama dengan mereka untuk mengumpul bukti yang memenuhi kriteria penilaian.
  • Membawa masuk FINCO ke sekolah anda untuk lakukan lebih banyak bengkel dan Program FINCO yang lain
  • Bertanya dengan Education Partner (EP) tentang peluang untuk menyertai Program FINCO secara maya
  • Minta Education Partner (EP) untuk anjurkan sesi khas untuk pelajar yang ingin memperkasakan pengetahun mereka

Memastikan pelajar mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari lalu menyatakan rancangan mereka selepas SPM. Huraikan sama ada Program FINCO memberi inspirasi atau mencetus idea baharu dalam pemikiran mereka.

  • Jangan hanya memberi jawapan pendek. Huraian pelajar penting supaya pihak FINCO boleh menilai pengaplikasian ilmu mereka.

Soalan kualitatif yang ditanya dalam borang percalonan termasuk:

  • 2.1 Apakah cita-cita atau matlamat calon selepas SPM?
  • 2.3 Berikan contoh di mana calon telah mengaplikasikan pengetahuan dan ilmu yang diperolehi daripada Program FINCO dalam pencetusan cita-cita/matlamat calon.
  • 2.5 Berikan contoh di mana calon lebih mengenali diri sendiri dan pengajaran yang dipelajari melalui Program FINCO

Pelajar yang proaktif akan dinilai tinggi! Jangan lupa sertakan bukti seperti sijil, gambar berkaitan dan lain-lain.

  • Huraikan tindakan yang pelajar telah lakukan dalam proses pencapaian cita-cita mereka, sama ada mencari mentor, peluang latihan, hadir ke pameran pendidikan/kerjaya atau membantu anda dalam pelaksanaan program sekolah.
  • Selain itu, pelajar yang rela berkongsi pengalaman dan ilmu dengan rakan-rakan juga dinilai tinggi. Pelajar boleh berkongsi maklumat melalui aktiviti kelas/sekolah, media sosial, ataupun membantu rakan-rakan dalam pengenalpastian hala tuju mereka.

Soalan kualitatif yang ditanya dalam borang percalonan termasuk:

  • 3.2 Berikan contoh di mana calon mendapatkan bimbingan dan mentorship
  • 3.4 Berikan contoh peluang latihan yang calon telah lakukan
  • 3.6 Berikan contoh bagaimana calon aktif berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan rakan-rakan, contohnya melalui media sosial, aktiviti/program sekolah dan lain-lain
  • 3.7 Sila sertakan bukti untuk sebarang contoh yang tersenarai di atas

Pihak FINCO hanya perlukan bukti yang mudah bagi tujuan pengesahan. Sebarang bukti yang mampu menunjukkan pelajar memenuhi kriteria penilaian amat dihargai. Pengumpulan bukti tidak harus membebankan GBK dan para calon.

Antara contoh bukti ialah:

  • gambar aktiviti seperti calon berkongsi pengalam dengan rakan di depan kelas
  • screenshot post media sosial
  • bahan tulisan (artikel/surat) calon
  • sijil
  • nota pemerhatian semasa pelajar menyertai sesi bimbingan
  1. Permohonan yang tidak lengkap akan secara automatik dinafikan.
  2. Dengan menyertai pertandingan ini, ibu bapa/penjaga calon telah bersetuju memberi kebenaran kepada FINCO untuk menerbitkan sebarang bahan untuk tujuan promosi atau pendidikan di platform atas talian FINCO.
  3. FINCO akan mengekalkan kerahsiaan semua maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui pertandingan ini. Walau bagaimanapun, kami boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak berikut:
    • Seseorang atau syarikat yang bertindak bagi pihak FINCO;
    • Mana-mana individu atau syarikat lain yang telah berjanji untuk mengekalkan maklumat tersebut secara rahsia, asalkan mereka mempunyai hak kepada maklumat tersebut.
  4. FINCO akan menyimpan mana-mana maklumat peribadi yang anda/calon berikan kepada kami bagi tujuan memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan, atau untuk melindungi kepentingan pihak FINCO. Pada masa yang bersesuaian, kami akan memusnahkan maklumat yang dikumpul mengikut prosedur dan jadual dalaman kami.