Program Latihan Kejurulatihan Pengurusan Kewangan Peribadi Guru

Program Latihan Kejurulatihan Pengurusan Kewangan Peribadi Guru bertujuan membangunkan kapasiti Jurulatih KPM dengan pengetahuan pengurusan kewangan peribadi agar dapat melatih guru pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dari guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Melalui program ini, guru bukan sahaja memperoleh pemahaman yang kukuh tentang konsep kewangan asas, tetapi juga berupaya membantu warga KPM mencapai kesejahteraan kewangan. Dengan keyakinan yang lebih tinggi, mereka dapat menyampaikan elemen Pendidikan Kewangan di sekolah secara lebih berkesan. Program ini dilaksanakan mengikut dua fasa, iaitu fasa pertama latih jurulatih dan fasa kedua latih guru. Secara keseluruhannya, program ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 11,000 orang guru.
Program ini diterajui oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN), diuruskan oleh Financial Industry Collective Outreach (FINCO) dan disokong oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Program ini direalisasikan hasil daripada sokongan dan tajaan daripada sektor perkhidmatan kewangan, yang telah menyumbang dengan penuh komitmen bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Antara penaja program ini adalah AmBank Group, Bank Muamalat Malaysia, Bank Simpanan Nasional, CIMB Foundation, Hong Leong Bank, Public Bank, RHB Bank dan Sea Ltd (ShopeePay).
Bahan-bahan untuk Dimuat Turun
Dek Slaid Pembentangan
Dek slaid yang direka khas bagi enam topik utama untuk jurulatih gunakan semasa penyampaian latihan bagi sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengikut turutan latihan dan peralihan kepada aktiviti dalam buku kerja.
- Pengenalan Program
- Topik 1: Pengurusan Aliran Tunai dan Simpanan
- Topik 2: Pengurusan Hutang
- Topik 3: Pengurusan Risiko Kewangan Peribadi
- Topik 4: Pelaburan dan Penipuan Pelaburan
- Topik 5: Literasi Kewangan Digital
- Topik 6: Perancangan Persaraan
Nota Fasilitasi
Panduan langkah demi langkah untuk jurulatih, menyediakan kandungan berstruktur, mesej utama dan nota fasilitator untuk membantu dalam penyampaian. Ia juga termasuk sumber yang boleh dicetak untuk digunakan dalam aktiviti. Nota fasilitasi boleh diakses melalui folder fizikal dan juga secara dalam talian melalui drive yang disediakan.
- Topik 1: Pengurusan Aliran Tunai dan Simpanan
- Topik 2: Pengurusan Hutang
- Topik 3: Pengurusan Risiko Kewangan Peribadi
- Topik 4: Pelaburan dan Penipuan Pelaburan
- Topik 5: Literasi Kewangan Digital
- Topik 6: Perancangan Persaraan







