Sumber: Freepik.com
Ujian SPM seringkali menjadi masa paling stres bagi pelajar sekolah menengah. FINCO menyenaraikan beberapa sumber yang anda boleh gunakan untuk menyediakan diri anda bagi menghadapi Ujian SPM!
1. Kertas Peperiksaan Tahun Lalu
Salah satu cara paling berkesan untuk ingat apa yang anda telah pelajari adalah melalui latihan menggunakan soalan Peperiksaan SPM Tahun Lalu.
2. Aplikasi Pembelajaran
Aplikasi pembelajaran boleh membantu banyak untuk persiapan peperiksaan anda. Menggunakan aplikasi pembelajaran ialah salah satu cara yang berkesan dan berstruktur dalam pengulangan kajian anda. Satu aplikasi popular yang boleh digunakan untuk pembelajaran Form 4 dan Form 5 adalah: JomStudy.
3. YouTube
Bagi anda yang lebih suka menonton video, YouTube mungkin adalah pilihan terbaik anda! Salah satu saluran YouTube paling popular untuk Pembelajaran SPM adalah ITTV Education. Pilih video ulang kaji dari pilihan yang luas untuk ditonton dan duduk santai sambil guru berpengalaman mengajar anda tentang maklumat penting bagi peperiksaan SPM anda.
4. SPMFlix
Bagi anda yang lebih suka kelas pembelajaran secara bersemuka, SPMFlix ialah pilihan baik untuk anda! Setiap tahun sebelum SPM bermula, SPMFlix akan menganjurkan seminar SPM untuk mempersiapkan pelajar dengan lebih baik untuk peperiksaan yang akan datang. Untuk melihat senarai tarikh dan butiran lengkap, klik di sini. Laman web SPMFlix juga menyediakan rakaman seminar dan bahan pembelajaran lain untuk membantu anda dalam perjalanan pembelajaran anda.
Kami harap sumber-sumber ini berguna untuk anda! FINCO ingin mengambil peluang ini untuk memberikan semangat dan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM dalam peperiksaan anda!
Muat turun sumber ini untuk rujukan masa hadapan.